Ubat untuk Endometriosis

December 17, 2018

Bismillah

Hi Beautiful Frens!

Ramai dok tanya kekyue pasal Endometriosis.Apa ubat untuk Endometriosis?Yelah,ramai yang nak tau dari kekyue sendiri since kekyue nie sejak sekolah lagi menghidap Endometriosis dan alhamdulillah dengan izin Allah swt juga kekyue makin better sejak ditemukan dengan Shaklee.Kekyue ditemukan dengan Shaklee selepas 3 pembedahan membuang cysts kekyue.Ingatkan lepas berkali-kali dibedah,kita makin ok.Rupanya,owh my my,life kekyue makin miserable ada la!
Ok,apa yang boleh pesakit Endometriosis ambik?Apa yang membantu kekyue selama ni untuk kekal sihat sebagai #Endofighter?Apa yang korang kena tau yang tak semua dalam shaklee ni pesakit Endometriosis boleh ambik ye.Ni pun kekyue boleh share after 6 years kekyue try and error dengan semua produk shaklee. 

Ok lets share Vitamin apa yang membantu kekyue selama ni sebagai pesakit Endometriosis yang menghidap Endometriosis sejak tahun 1997.Kekyue explain ikut pemahamam kekyue ye.Kekyue explain sesimple yang boleh,so korang pun boleh lebih faham.Takyah la nak berbunyi medical terms sangat ye.Hehe.

1. Vivix


Vivix nie membantu secara menyeluruh untuk  memperbaiki sistem dalam badan kita.Memperbaiki DNA & sel-sel yang rosak dalam badan kita dan dalam masa yang sama menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru dalam badan kita.

Apa perlunya sel-sel baru yang banyak terbina dalam badan tu?

Bila lebih banyak sel-sel baru dalam badan kita terbina,so nutrisi daripada vitamin lain yang kita makan akan menyerap dengan lebih baik.So,proses penyembuhan akan menjadi lebih efisyen.

Vivix ni juga kaya dengan antioksidan tau.Antioksidan ni la sangat membantu untuk mengecutkan sel-sel abnormal yang tumbuh dalam badan kita tau.Alhamdulillah,Vivix nie sangat membantu cyst kekyue mengecut.

2. GLA Complex 

Ok.Gla Complex ni la paling kekyue sayang tau!Coz GLA Complex ni sangat membantu menstabilkan hormon kekyue.Kitaran haid kekyue pun alhamdulillah teratur sangat selepas mengamalkan GLA complex ni.Kalau setakat lewat 2-3 hari tu,normal la.

Pesakit Endometriosis ni memang bermasalah dengan ketidakstabilan hormon.So,Gla Complex ni memang a must la for us,#Endofighter.Believe me.

3. B Complex

Tak sure la korang perasan ke tak.Kita ni kan,pesakit Endo ni kan memang cepat stress tau.Know why?coz hormone dalam badan kita ni tak stabil.Tu yang mood kita jadi tak tentu tu.So,ni la pentingnya kita ambik vitamin B complex ni.B complex ni mampu membantu kita untuk rasa lebih tenang,kawal stress kita.

Yelah,stress ni bahaya tau.Stress ni akan menganggu semua sistem dalam badan kita.So,kita perlu kawal stress kita kalau nak sembuh.

4.Ostematrix

Pesakit endo ni kan tak digalakkan minum susu lembu atau apa-apa produk tenusu.Why?sebabnya dalam susu lembu ada hormon,so hormon dalam susu lembu tu akan menganggu hormon dalam badan kita.So,kita kena elakkan minum susu lembu.Susu kambing takpa.hehe.

Disebabkan pesakit endo ni selalu sakit pinggang disebabkan bebanan ketumbuhan cysts kat dalam tu kan,so kita memang perlukan kalsium yang cukup.So,thats why la kita perlu ambik pil calcium shaklee/ostematrix shaklee ni.

Especially time kita period,lagi la perlu pil calcium ni tau!Inshaallah kalau konsisten amalkan pil calcium ni memang kita akan rasa lega.


5. Vitamin C

Pesakit Endo macam kita ni kan memang dominan dengan hormon estrogen.Maksudnya,hormon estrogen lebih banyak daripada hormon progesterone yang sepatutnya.So,cara terbaik untuk meningkatkan hormon progesterone ni ialah dengan menambah vitamin C dalam pemakanan harian kita.


Ada study juga yang indicate yang vitamin C ni mampu mengecutkan cysts - mengurangkan berat cysts tu dan juga merencatkan perkembangan cysts.

Vitamin C ni juga sangat terkenal sebagai penggalak untuk menaikkan sistem imuniti dalam badan kita.Kita tahu yang kita perlu ambik vitamin c ni bila kita sakit kan?Tapi apa yang paling teruk pasal Endo ni kalau korang nak tau?Endometriosis ni dianggap mempunyai komponen auto-immune!meaning,sistem imun berlebihan dan akhirnya menyerang diri sendiri!So, time ni vitamin C ni la yang akan memainkan peranan penting.Vitamin C mampu untuk mengawal tindakbalas ni.

Vitamin C juga mampu membantu mengurangkan radikal bebas yang terjadi dalam badan kita dan juga inflamasi dalam badan kita.Endometriosis ni memang banyak sangat inflamasi(read: kesakitan) yang terjadi dalam badan kita.So,Vitamin C memang membantu sangat.

Ok, ni la dia 5 vitamin basic untuk pesakit Endometriosis yang Kekyue dok amalkan selama 6 tahun bersama Shaklee.Ni basic je coz kekyue memang ada add lagi vitamin shaklee yang lain dalam diet harian kekyue.

Alhamdulillah, biiznillah Kekyue makin better dengan Shaklee.Tak boleh nak gambarkan dengan korang macamana miserable nya life kekyue sebelum bertemu dengan shaklee ni.

Nak kata kekyue sembuh 100% tu memang taklah.Korang kalau nak tahu,once kita didiagnos sebagai pesakit Endo means kita agak sukar pulih 100%.Tapi yelah,semua tu urusan Tuhan.Apa yang paling penting,kita usaha untuk rasa sihat dan bertenaga.Kita kena terus berjuang untuk lawan penyakit ni.

Kalau dulu,setiap hari kekyue rasa sakit sampai tak boleh buat kerja.Sakit pinggang sepanjang masa,Allahu.Alhamdulillah sekarang,sebulan sekali rasa sakit especially 1-3 hari period tu,itu normal la untuk kita pesakit Endo ni.Kalau perlu kita ambil ubat tahan sakit time tu,ambik la.Takdelah kita nak suffer sepanjang hari kan.

Tapi,kita perlu detox body kita selepas tu ye.Buang apa yang tak elok kesan dari ubat yang kita ambik tu.Yelah,kita memang kena usaha lebih sikit berbanding orang sihat yang lain tu.

Okay,kalau ada kawan-kawan yang berminat untuk beli vitamin untuk endometriosis ni kan,boleh contact kekyue k?Inshaallah setiap pembelian kalian akan didatangkan dengan konsultasi eksklusif berpanjangan dari kekyue.Kena spend la sikit untuk kesihatan kita kan.Kalau kita tak berusaha,tak boleh buat kerja semua,lagi la susah kita nak carik duit kan?Duit kita boleh carik kalau badan kita sihat.So,invest la sikit ye.

Jom,Kita sama-sama berjuang melawan Endometriosis ni ok?Contact je kekyue.Terus je whatsapp kekyue k?
Kekyu Jeff | 011-2112 1422 (WA)

Love,

Kekyu Jeff | 011-2112 1422 (WA)
Shaklee Mentor Business Since 2012

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images