Wanita & Emosi

October 17, 2018

Hi Beautiful People!

Emosi dan wanita adalah sesuatu yang memang tak dapat dipisahkan.Wanita sangat mudah dipengaruhi oleh emosi sendiri berbanding lelaki.Sudah fitrahnya kejadian wanita sebegini unik.Jangan dipersoalkan my dear fellow friends cause ternyata semua tu of course la ada hikmah kan.Both genders punya kelebihan dan kehebatan masing-masing.
Since wanita sangat dipengaruhi dengan emosi,so apa jua yang kita buat sehari-hari juga bakal ditentukan dengan emosi dan mood kita.;)Kalau emosi kita stabil on that day, so for sure hari kita tu akan jadi hari yang paling produktif,paling ceria,paling bahagia.Jika sebaliknya,our life will looks like upside down gitu.

Ada yang cakap,wanita yang berjaya mengawal emosi mereka akan memberikan impak yang besar pada orang sekeliling mereka.Thats why la,kalau korang perasan kan,time mood mak-mak kita baik,semua seems smooth je.Kalau nak suarakan apa-apa yang agak mengerikan untuk mak kita dengar,time tu la sesuai sangat,hahaa!Coz our mom gonna be so calm and understanding on that time.Ko jangan try nak cakap time mood dia ke laut.Silap haribulan dengan ko sekali dia campak ke laut!Haha!

Ada kajian yang menunjukkan yang badan wanita lebih banyak menghasilkan hormon stress berbanding lelaki.Bayangkanlah,walaupun perkara yang buat wanita stress tu dah berakhir/setel,badan wanita still akan ambil masa yang agak lama untuk berhenti daripada menghasilkan hormon stress tu.Oh my!patutlah kekyue selalu rasa camtu!haha.Adeh laaa... 

Pengalaman sendiri.
Berdasarkan pengalaman kekyue sendiri,kekyue memang pernah melalui satu fasa di mana kekyue rasa susahnya nak kawal emosi sendiri.Sampai satu tahap rasa macam emosi tu makan diri sendiri.Emosi jadi tak stabil.Bukan setakat sehari dua tau,tapi makan tahun kot!Bila emosi tak stabil,kita akan cepat rasa marah,sedih,frust,dan macam-macam feeling lagi sebenarnya.Mudah sangat tersentuh.

Rasa macam nak jauhkan diri dari semua orang.Rasa macam tak cukup bagus dalam apa jua yang kita buat.Rasa macam orang pandang semacam.Rasa macam orang kata semacam.Perghh!cukup semua tau.Macam-macam kekyue rasa.The worst is,bila ada satu masa tu tiba-tiba rasa macam painless & fearless.Kekyue rasa macam bila naik bangunan tinggi dan kalau jatuh tu tak rasa apa-apa.rasa macam kekyue nak jalan kat pantai tu mengarah ke laut dalam,jalan je tanpa ada rasa takut pun.Time tu memang takde rasa takut.Dahsyat kan?

Kekyue & Endometriosis.

As for me benda ni semua jadi sebab kekyue ni pesakit endometriosis,yang mana berdepan dengan masalah ketidakstabilan hormon di dalam badan.Dalam masa yang sama kekyu juga dalam proses terapi hormon menggunakan sejenis ubat endometriosis time tu.Ubat tu digunakan untuk mewujudkan stage "menopause" dalam badan kekyue so that period kekyue stop for certain amount of time (2 years yang Doc cadangkan time tu).So,dalam masa yang sama kekyue boleh rasa semua simptom2 yang dilalui oleh mereka yang menopause.
So,boleh bayangkan tak kekyue berdepan dengan so much things yang relates dengan emotions time tu.Kesakitan yang kekyue terpaksa hadapi masa tu lagi make things worst actually.Camne rasa sakit Endo nie?rasa sakit pinggang dan perut sama macam nak bersalin tu (as for someone yang dah jadi ibu,tau la rasa cmne kan? ;) tu baru satu.Ada lagi kesakitan-kesakitan lain yang hanya kami,#endofighter ni tahu.

Agak lama kekyue struggling with this things,sampai la satu tahap kekyue rasa kekyue tak boleh menyerah dengan penyakit ni coz kesannya bukan dengan diri kekyue sendiri saja tapi juga orang sekeliling kekyue.

Thats why,Kekyue rasa kena bangkit dan cari jalan juga untuk berdepan dengan masalah ketidakstabilan hormon dan emosi sekaligus ni.Kekyue taknak benda ni consume kekyue.Kekyue taknak life kekyue jadi upside down dek kerana emosi yang tak stabil ni.Kekyue percaya benda ni boleh kita kawal.

Kekyue & Shaklee.

Kekyue tahu yang natural ways boleh bantu kekyue,ofkos biiznillah.Selain daripada usaha kita mendekatkan diri dengan Allah swt,banyak berzikir & membaca Al-quran yang mampu menenangkan hati kita,kekyue yakin dalam masa yang sama kekyue perlu take note pada gaya hidup especially pemakanan kekyue seharian.

Kekyue faham yang kalau badan kita tak dapat nutrisi yang sebaiknya so badan kita tak mampu nak berfungsi secara optimum.

Then kekyue kembali konsisten dengan suplemen/vitamin shaklee.Kekyu konsisten dengan suplemen yang relates dengan hormones.Kekyue buat pembacaan dan research mengenai ketidakstabilan hormon ni untuk berusaha meningkatkan kesihatan diri sendiri.Dalam masa yang sama kekyue memang jaga dan berhati-hati dengan pemakanan harian kekyue.

Kekyue pilih shaklee coz kekyue yakin dengan penghasilan vitamin semulajadi shaklee ni.I've done my study on this brand.Brand vitamins bukan sintetik ini dah bertapak lebih dari 50tahun dalam pasaran dunia,so kekyue tak rasa ragu-ragu.Kekyue nak pastikan vitamin yang kekyue consume setiap hari adalah vitamin yang bukan sintetik coz kalau vitamin sintetik dah sah-sah vitamin tersebut diperbuat daripada bahan-bahan kimia.So, i dun want that.It will make my disease even worst!

So, kekyue buat research untuk identify apa dia jenis vitamin yang kurang di dalam badan kita yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan hormon di dalam badan ni.So dari a few sumber yang kekyue dapat,inilah vitamin yang utama yang boleh membantu menstabilkan hormon di dalam badan.

So,bila kekyue dah tahu pasal ni,kekyue terus come back to Shaklee brand and start identify mana satu supplement yang contains semua vitamin kat atas tu.So,inilah vitamin yang mengandungi vitamin-vitamin yang utama tu.Alhamdulilah,ada juga yang mampu kekyue harapkan.

Alhamdulillah,dengan izin Allah kekyue feels much-much better selepas konsisten dengan 4 vitamins ni.Nak kata kekyue fully recover taklah juga tapi kekyue dah improved a lot!Kekyue rasa kekyue lebih bertenaga dan kesakitan setiap hari yang kekyu alami tu berkurangan dah.So bila sakit dah kurang,feeling kita jadi makin better.Kita akan rasa lebih happy dan ceria.

Buat kawan-kawan yang maybe melalui perkara yang sama dengan kekyue,jangan biarkan.Walaupun maybe kalian bukanlah pesakit Endo macam kekyue but still ladies ni memang selalu berdepan dengan masalah untuk mengawal emosi kita.

Ikhtiarkanlah something untuk diri sendiri,ladies.Kalau bukan kita yang sayangkan diri kita,siapa lagi yang kita patut harapkan kan?Kita perlu jaga diri kita dahulu baru kita boleh sayangi orang lain dengan lebih baik.

Inshaallah.

Love,
Kekyu Jeff.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images